Untuk Qari
Garis Panduan Siaran Qari
Panduan ringkas untuk memastikan bacaan al-Quran disiarkan dengan penuh adab, jelas, dan selamat di QariLive.
QL
Kali terakhir dikemas kini: Jan 2026
1. Niat & adab asas sebelum siaran
- • Betulkan niat: membaca al-Quran untuk keredaan Allah, bukan semata-mata tontonan.
- • Pastikan berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna, seperti ketika di masjid.
- • Elakkan sebarang latar belakang yang tidak sesuai (poster, objek, atau tulisan yang mengganggu).
- • Pastikan suasana tenang dan bebas daripada bunyi bising yang boleh mengganggu bacaan.
2. Tetapan teknikal minimum
- • Gunakan mikrofon yang jelas (headset / condenser / mikrofon telefon yang baik).
- • Jarak mikrofon sederhana: tidak terlalu jauh, tidak terlalu dekat sehingga ‘clipping’.
- • Pastikan sambungan internet stabil. Sambungan WiFi / LAN lebih digalakkan berbanding data lemah.
- • Uji audio sebelum siaran: baca beberapa ayat pendek dan dengar semula jika boleh.
- • Elakkan ‘background music’ atau bunyi lain sepanjang bacaan.
3. Apa yang dibenarkan & tidak dibenarkan
Dibenarkan
- • Bacaan al-Quran mengikut tajwid dan adab yang betul.
- • Doa ringkas selepas bacaan (tanpa unsur politik atau kontroversi).
- • Nasihat / tazkirah pendek berkait adab al-Quran (jika dibenarkan slot).
Tidak dibenarkan
- • Kandungan politik, fitnah, atau serangan kepada individu / kumpulan.
- • Iklan peribadi yang berlebihan semasa slot bacaan.
- • Konten yang menghina, lucah, atau bercanggah dengan syarak.
- • Muzik latar yang tidak patuh syariah semasa bacaan.
4. Disiplin masa & jadual siaran
- • Datang awal ke sesi (online) 5–10 minit sebelum slot bermula.
- • Ikut jadual yang telah dipersetujui. Jika perlu batal / tukar masa, maklumkan awal kepada koordinator.
- • Elakkan meninggalkan siaran secara tiba-tiba tanpa penutup yang sesuai.
- • Jaga konsisten: lebih konsisten, lebih mudah masjid / pengguna mengenali dan mengikuti bacaan anda.
5. Pelanggaran garis panduan & tindakan
Untuk melindungi maruah al-Quran dan pengalaman pendengar, QariLive berhak mengambil tindakan jika garis panduan dilanggar.
- • Teguran ringan & nasihat pembaikan melalui emel / WhatsApp.
- • Penggantungan sementara slot siaran jika pelanggaran berulang.
- • Penamatan akses siaran jika terdapat pelanggaran serius (contoh: penghinaan agama, kandungan lucah, politik ekstrem).
- • Laporan boleh dibuat oleh masjid / pengguna jika terdapat kandungan yang tidak wajar.
Ringkasan pantas untuk Qari
- • Pakaian sopan & latar belakang kemas.
- • Audio jelas, tanpa bunyi bising dan muzik latar.
- • Tiada kandungan politik atau penghinaan.
- • Ikut jadual siaran yang dipersetujui.
Garis panduan ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Sila semak halaman ini secara berkala.
Ada soalan tentang garis panduan?
Hubungi pasukan QariLive jika anda kurang pasti tentang sesuatu jenis kandungan atau situasi.
support@qarilive.my