1. A
  2. B
  3. C
  4. D

Perjanjian Penyertaan Program QariLive — Malaysia

Borang ini ialah persetujuan rasmi untuk menyertai Program QariLive. Ia bukan kontrak jual beli. Sila lengkapkan butiran, semak terma, tandatangan, dan cetak PDF rasmi.

A

Maklumat Organisasi

B

Wakil Yang Diberi Kuasa (Koordinator Kampus)

C

Terma Penyertaan (Selaras Perjanjian Terperinci)

1) Tujuan & Skop

  • Institusi sebagai penyedia bakat qari untuk QariLive.
  • QariLive sediakan platform siaran langsung kandungan Islamik.
  • Akaun admin akan diberi kepada wakil institusi.

2) Penggunaan Peranti

  • Institusi guna peranti sendiri (telefon/PC/tablet/kamera).
  • Jika peranti tajaan, hak milik QariLive; penjagaan asas oleh Institusi.
  • Kerosakan/kehilangan peranti tajaan → maklum 7 hari bekerja.

3) Standard Minimum Peranti & Persekitaran

  • Kamera ≥720p (disyorkan 1080p), mikrofon baik (condenser/lavalier), RAM ≥3GB, CPU Quad-Core, OS terkini.
  • Internet: upload ≥3 Mbps, download ≥5 Mbps, sambungan stabil (WiFi/LAN).
  • Persekitaran: senyap (≤40 dB), cahaya hadapan mencukupi, latar bersih.
  • Ujian kualiti wajib untuk sesi pertama; QariLive boleh menangguh jika tak capai piawaian.

4) Komisen & Bayaran

  • 10% komisen kepada Institusi bagi sesi berbayar melalui platform.
  • Boleh disimpan oleh institusi atau disalur kepada qari.
  • Bayaran komisen: bulanan/ikut jadual QariLive.

5) Tanggungjawab QariLive

  • Platform stabil & mesra pengguna; sokongan asas waktu bekerja.
  • Kerahsiaan & keselamatan data terpelihara.
  • Panduan teknikal penyiaran & penggunaan.

6) Tanggungjawab Institusi

  • Pematuhan syariah & etika; lantik seorang PIC.
  • Sedia peranti, internet & ruang sesuai untuk siaran.
  • Kandungan tidak menyalahi undang-undang & menjaga reputasi pihak.

7) Hak & Kandungan

  • Hak milik kandungan kekal pada institusi/qari.
  • Lesen eksklusif (live sahaja) untuk QariLive menstrim, paparkan, simpan & siarkan di saluran rasmi.
  • Selepas siaran tamat, institusi/qari boleh repost ke platform lain.
  • QariLive boleh guna kandungan untuk promosi/latihan tanpa ubah intipati.
  • Tiada jual/pemindahan hak kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.

8) Tempoh & Penamatan

  • Berkuat kuasa pada tarikh tandatangan hingga ditamatkan.
  • Notis bertulis 30 hari oleh mana-mana pihak.
  • Penamatan serta-merta jika pelanggaran material.

9) Liabiliti & Ganti Rugi

  • QariLive tidak tanggung gangguan akibat faktor luar (internet/elektrik).
  • Jika qari gagal hadir tanpa sebab, QariLive boleh gantung penyertaan & komisen sesi berkenaan.
  • Had liabiliti terhad kepada yuran 3 bulan terakhir (jika ada).

10) Sulit & Privasi

Kedua-dua pihak menjaga kerahsiaan operasi & data peribadi.

11) Undang-Undang

Tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia. Bidang kuasa: Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

D

Tandatangan Persetujuan

Tandatangan elektronik ini mengesahkan persetujuan terhadap semua terma di Seksyen C dan perjanjian cetakan.